narrow default width wide
colour style colour style colour style colour style

Breadcrumbs

Belia berumur 21 tahun perlu mendaftar sebagai pengundi

SANDAKAN : Golongan belia di kawasan luar bandar ini yang mencapai usia 21 tahun perlu merebut peluang mendaftar sebagai pemilih dalam Program Bergerak Pendaftaran Pemilih Baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kini sedang dijalankan di Parlimen Libaran.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie KK. Ajirol berkata usaha SPR dengan bantuan kakitangan Unit Parlimen Libaran, Unit ADUN Gum-Gum dan Umno Bahagian Libaran dalam menambah pengundi baru di Parlimen Libaran merupakan satu langkah yang baik.

“ Ini akan memudahkan pengundi baru untuk mendaftar sebagai pemilih baru tanpa turun ke Bandar “, katanya ketika meninjau Program Bergerak Pendaftaran Pemilih Baru di Pusat Kegiatan Kebudayaan Pekan Sungai Tiram Batu 19 , pagi Ahad.

Beliau menambah ini juga akan memberi peluang penduduk sekitar kawasan itu untuk memeriksa daftar pemilih mereka.

“Peluang sebegini perlu diambil agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum ke 13 akan datang “, katanya.

Dalam pada itu, Juslie turut memberitahu di mana pengundi di sekitar Sungai Tiram akan membuang undi di pusat pengundian baru diwujudkan oleh SPR di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram.

“Sebelum ini, pengundi di Sungai Tiram membuang undi di SK Gum-Gum Batu 16 dan beberapa tempat pusat pengundian berhampiran ‘, katanya.

Beliau menjelaskan dimana pengwujudan pusat pengundian baru ini akan memudahkan pengundi di sekitar Sungai Tiram membuang undi pada jarak yang dekat.